Khamis, Disember 02, 2010

AWIN, PT. BETAK, BENUT. MAKEOVER NIKAH DAN PERSANDINGAN.


Awin dari Pt.Betak, Benut, Johor merupakan  seorang gadis yang tidak banyak cakap tetapi tetap murah dengan senyuman dan bersedia untuk dimakeoverkan oleh Siti. Hari pernikahan Awin di lakukan pada hari Jumaat. Siti datang dalam jam 12 tengahari untuk memulakan makeovernya. Kemudian sambung semula untuk tatarias dan pemakaian lengkap tudung selepas solat Jumaat.


Persiapan untuk menyiapkan dirinya amat mudah dan ketika itu Siti dikelilingi oleh sanak saudara serta rakannya yang minat dengan gaya solekan Siti. Mujur Siti sudah biasa dengan keadaan itu dan tidak menggelabah.  Namun kepercayaan yang diberikan membuatkan Siti yakin dengan solekan ini mampu memberikan kepuasan kepada Awin dan Famili. Syukur di akhir makeover semuanya memberikan pujian. Siti hanya mampu tersenyum kepuasan dan bersyukur kepada-NYA...


Lihatlah hasil solekan Siti bagi acara akad nikah ini. Siti mengenakan solekan yang simple tetapi menarik bagi acara ini. Namun penekanan pada bulu mata yang sedikit tebal dan panjang kehadapan memberikan ilusi mata yang besar untuk Awin.


Dengan menggunakan teknik shading yang sesuai dengan Awin pada majlis persandingan mampu memperlihatkan wajahnya menirus. Kulitnya tidaklah mempunyai masalah yang ketara cuma sudah menjadi kebiasaan pasti ada seidikit parut yang perlu disembunyikan. Bagi Siti, Awin jenis yang mudah di arah dan sentiasa excited dengan solekannya. Teknik smokey socket dan penggunaan celak hitam yang jelas menampilkan matanya yang kecil menjadi lebih bundar. Pemilihan bulu mata yang sesuai dengan suasana juga dipilih dan dipadankan mengikut wajahnya