Ani berasal dari Kelantan, merupakan seorang yang mudah mesra walaupun agak pendiam.Untuk makeover Ani amat mudah kerana dia memiliki wajah yang sedia cantik cuma perlu manaikkan serinya sahaja. Wajahnya amat manis dan sekali imbas wajahnya seperti Misha Omar merupakan seorang penyanyi yang juga berasal dari Kelantan. Penggunaan warna pink dan sketch color dibantu dengan rice paper dan black membundarkan matanya itu.
Siti diperhatikan oleh Amy iaitu suami Ani yang particular dengan makeup. Dia mahukan isterinya tampil cantik bak ratu. Pemasangan bulu mata yang panjang kehadapan pada Ani membundarkan matanya.
Ani dalam persalinan gaun bagi acara memotong kek dan sesi bergambar.
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Suhaimi & Rohani.