Entry kali nie Siti ingin kongsikan bersama sekitar majlis pertunangan antara Fazlina & pasangan yang bertempat di rumah keluarga Fazlina di Rawang, Muar. Tapi kali nie Fazlina bukan dimakeover oleh Siti, tetapi oleh adik Siti iaitu Ida yang juga salah seorang MUA di Siti Bridal.
Lihatlah hasil solekan Ida bagi majlis pertunangan ini. Ida mengenakan solekan yang simple sesuai dengan acara ini.
Khamis, Mac 24, 2011
Selasa, Februari 22, 2011
Gubahan Hantaran l Hitam+Putih
Gubahan Hantaran adalah salah satu daripada kelengkapan sesuatu maljis perkahwinan dan Siti juga ada menyediakan khidmat membuat Gubahan Hantaran bagi para pelanggan. Selain menempah Gubahan Hantaran, pelanggan juga boleh menyewa dengan kami...
al-Quran
Mas Kahwin
Bunga Sabun
Jam Tangan
Manisan
Buah-buahan
Sireh Junjung
Khamis, Disember 02, 2010
AWIN, PT. BETAK, BENUT. MAKEOVER NIKAH DAN PERSANDINGAN.
Awin dari Pt.Betak, Benut, Johor merupakan seorang gadis yang tidak banyak cakap tetapi tetap murah dengan senyuman dan bersedia untuk dimakeoverkan oleh Siti. Hari pernikahan Awin di lakukan pada hari Jumaat. Siti datang dalam jam 12 tengahari untuk memulakan makeovernya. Kemudian sambung semula untuk tatarias dan pemakaian lengkap tudung selepas solat Jumaat.
Persiapan untuk menyiapkan dirinya amat mudah dan ketika itu Siti dikelilingi oleh sanak saudara serta rakannya yang minat dengan gaya solekan Siti. Mujur Siti sudah biasa dengan keadaan itu dan tidak menggelabah. Namun kepercayaan yang diberikan membuatkan Siti yakin dengan solekan ini mampu memberikan kepuasan kepada Awin dan Famili. Syukur di akhir makeover semuanya memberikan pujian. Siti hanya mampu tersenyum kepuasan dan bersyukur kepada-NYA...
Lihatlah hasil solekan Siti bagi acara akad nikah ini. Siti mengenakan solekan yang simple tetapi menarik bagi acara ini. Namun penekanan pada bulu mata yang sedikit tebal dan panjang kehadapan memberikan ilusi mata yang besar untuk Awin.
Dengan menggunakan teknik shading yang sesuai dengan Awin pada majlis persandingan mampu memperlihatkan wajahnya menirus. Kulitnya tidaklah mempunyai masalah yang ketara cuma sudah menjadi kebiasaan pasti ada seidikit parut yang perlu disembunyikan. Bagi Siti, Awin jenis yang mudah di arah dan sentiasa excited dengan solekannya. Teknik smokey socket dan penggunaan celak hitam yang jelas menampilkan matanya yang kecil menjadi lebih bundar. Pemilihan bulu mata yang sesuai dengan suasana juga dipilih dan dipadankan mengikut wajahnya
Isnin, November 29, 2010
Ahad, November 28, 2010
SUHAIMI&ROHANI-MAJLIS SAMBUT MENANTU
Ani berasal dari Kelantan, merupakan seorang yang mudah mesra walaupun agak pendiam.Untuk makeover Ani amat mudah kerana dia memiliki wajah yang sedia cantik cuma perlu manaikkan serinya sahaja. Wajahnya amat manis dan sekali imbas wajahnya seperti Misha Omar merupakan seorang penyanyi yang juga berasal dari Kelantan. Penggunaan warna pink dan sketch color dibantu dengan rice paper dan black membundarkan matanya itu.
Siti diperhatikan oleh Amy iaitu suami Ani yang particular dengan makeup. Dia mahukan isterinya tampil cantik bak ratu. Pemasangan bulu mata yang panjang kehadapan pada Ani membundarkan matanya.
Siti diperhatikan oleh Amy iaitu suami Ani yang particular dengan makeup. Dia mahukan isterinya tampil cantik bak ratu. Pemasangan bulu mata yang panjang kehadapan pada Ani membundarkan matanya.
Ani dalam persalinan gaun bagi acara memotong kek dan sesi bergambar.
Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Suhaimi & Rohani.
Sabtu, November 27, 2010
Selamat Datang ...
Siti Bridal & Gallery (JM0435267X)
No.56 Kampung Permatang Sepam
82200 Benut
Pontian
Johor
+6013-206 8116 ( Siti )
email: sitibridal@yahoo.com
Langgan:
Catatan (Atom)